WELCOME TO MY BlOG PEEPS!SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA!HAI HAI SWEET STALKER! :D

Friday, January 7, 2011

INSOMNIA -__- Tanda2 kewujudannya!

Tanda-tanda Insomnia

Kebelakangan ni, aku susah untuk tidur. Haishh, 
agak sukar untuk lelapkan mata walaupun dalam 
keadaan yang agak letih. Bila ditanya kepada
 kawan-kawan yang lain, pelbagai 
cara yang mereka cadangkan agar aku 
mudah untuk tidur. 
Aku dikatakan mungkin 'Insomnia'.
Apa tu Insomnia? 
Search kt google. 
Malas nak taip panjang lebar kat sini. 
Di bawah ni, ada punca-punca Insomnia.

Tanda-tanda dan gejala ins
 • Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih 
   daripada sejam atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.

 • Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya
    terjaga beberapa kali di waktu malam.

 • Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung 
    tidur semula.
 • Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan 
    kerap tidur di siang hari.
Apa faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya insomnia?

1. Faktor gaya hidup

Sikap dan ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya insomnia 
atau menerukkan lagi masalah tidur yang dialami. Tabiat meminum 
alkohol, minuman yang mengandungi kafein dan merokok 
merupakan antara contoh utama. Faktor gaya hidup lain yang boleh 
menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza 
setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah 
ke rumah baru. Beberapa ubat-ubatan seperti antidepresan dan 
antihipertensi boleh menyebabkan insomnia menjadi semakin teruk.
Tekanan hidup yang semakin bertambah sama ada di rumah 
atau di tempat kerja.

2. Masalah-masalah kesihatan

Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit 
(contoh: angina pektoris, artritis, kanser, 
ulser peptik /refluks saluran gastrousus), masalah pernafasan 
(contoh: asma, bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, 
kegagalan jantung kongestif) atau kerap terasa ingin membuang 
air kecil (contoh: penyakit kencing manis). Masalah-masalah 
kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk 
tidur ialah hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah 
pinggang yang tidak berfungsi dengan baik.

3. Masalah psikiatri

Kemurungan, gangguan keresahan, Skizofrenia, gangguan 
bipolar, penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan boleh 
menyebabkan insomnia.

4. Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapalterbang, 
atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. 
Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau 
sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau 
keras juga boleh mengganggu tidur.
Elakkan :-

• Meminum minuman yang mengandungi kafein 
(seperti kopi,teh, minuman kola) dan alkohol, merokok 
atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam 
sebelum tidur, bergantung kepada bagaimana ia 
boleh mempengaruhi kemampuan anda untuk tidur.

• Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh.

• Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur 
jikalau ia boleh diselesaikan sebelum itu.

• Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya.

• Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang.
Bersenam secara tekal 3 hingga 5 kali seminggu. 
Walau bagaimanapun, senaman berat sebelum tidur 
mungkin menyebabkan anda sukar tidur.
Berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat 
kerja beberapa jam sebelum tidur. Belajar cara-cara 
menenangkan diri dan mengosongkan fikiran daripada 
kerja atau masalah. Ini kerana apabila fikiran anda terlalu aktif, 
anda akan menghadapi masalah untuk berehat.

Pastikan persekitaran tidur anda selesa dengan cara 
mengurangkan gangguan luaran seperti cahaya lampu 
dan kebisingan. Tidur di atas tilam yang selesa, bantal 
yang lembut atau memakai pakaian tidur yang longgar.(boxer aje)

Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan 
sebelum masuk tidur untuk menimbulkan rasa mengantuk seperti:

• Mandi air suam

• Minum susu suam.

• Membaca buku yang membosankan atau bahan bacaan 
ringan seperti majalah.

• Mendengar muzik yang menenangkan
 


*setelah diselidik adalah sikit punca nape aku susah nak 
tido sekarang..tapi bukan bermakna aku imsomnia 
ok (denying).. :D

- XOXO -

No comments:

Post a Comment